Kisah ini adalah kisah benar-benar terjadi , bukan rekaan . Cuma ingin anda hayati kisah ini dan apa tindakan anda jikalau anda berada di tempatnya ..
Kisah ini menceritakan tentang dua insan yang bercinta , tapi akhirnya ... Hayatilah dan renungkan lah ...
Daniel dan Nyta adalah sepasang kekasih yang sangat setia . Tidak pernah kenal erti bosan dalam hubungan mereka biarpun Daniel seorang jejaka yang daif sedangkn Nyta seorang Putri kepada anak orang kaya . Gembira dan bahagia , itulah yang dapat kita gambarkan jika kita dapat melihat gelagat dua insan yang sedang hangat bercinta ini . 6 tahun mereka bercinta , walau apa pun rintangan , mereka tetap bersama . Lihatlah betapa kuatnya cinta mereka . Cukuplah kita hayati betapa hebatnya cinta mereka , sekarang kita hayati kisah mereka yang tak mungkin mereka dapat lupakan .
Daniel mengambil keputusan untuk mengahwini Nyta . Hasil titik peluh Daniel bekerja slama 4 tahun kini telah mencukupi untuk mereka berkahwin . Apa perasaan Nyta ? Sudah semestinya gadis cantik molek itu berasa gembira apa bila mendengar berita itu . "Tak sabanyee .." itulah yang dikatakan oleh hati Nyta . Daniel menunaikan janjinya untuk meminang Nyta anak perempuan orang kaya itu . Daniel dan ibu bapanya datang ke rumah Dato' Hasan (ayah Nyta) untuk menunaikan hajatnya . Pada mulanya mereka dilayan baik , apabila bapa Daniel menceritakan hajat mereka ayah Nyta membantah , lalu berkat "Kamu tidak sesuai untuk puteriku ! Kamu miskin aku kaya , kamu tidak boleh memberi kebahagiaan kepada anakku" . Ayah Nyta terus mencaci keluarga Daniel .
Selepas 3 hari pada hari kejadian , Nyta pergi berjumpa dengan Daniel di tempat biasa mereka bertemu . Nyta muram . Daniel bertanya "kenapa na sayang . Sakit ka ?" . Nyta terus mengalirkan air matanya , Daniel terus dakap Nyta kedalam pelukannya . " Jangan la nangis sayang . Tolonglahh .." , setelah reda tangisan Nyta Daniel mendesak Nyta untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi . Nyta menceritakan segalanya . Terluka , sakit , perit , terseksa ! Itulah yang Daniel rasa apabila mendengan Nyta akan berkahwin dengan insan pilihan bapanya . "Tak apalah sayang , janganlah menangis lagi . Bie takan lupakan sayang sampai bila-bila . Bie janji" , Daniel menaburkan janji supaya Nyta berasa tenang dan tidak sedih . "Biar aku terseksa janji Nyta bahagia" itulah yang diungkapkn oleh hati Daniel . Setiap hari Nyta tidak pernah lupa untuk menghantarkan SMS untuk Daniel . Sehinggalah sehari sebelum hari perkahwinannya .
Bahagiakah mereka ? inilah yang terjadi setelah hari perkahwinan antara Nyta dan Farish (suami Nyta) ...
Sakit , terseksa ! Itulah yang dirasai oleh Nyta . Setiap hari dia dipukul , dimaki . Pada malam perkahwinan mereka , Farish memberikan layanan yang sangat baik , belaian yang sangat baik . Sehinggakan Nyta berasakn Faris boleh membahagiakannya . Tapi disebaliknya , apa yang pernah Nyta fikirkan sebelum ini salah . Selapas malam perkahwinannya Nyta terus diseksa . Ketika Nyta mngadung dia terus diseksa sehingga gugur . Setiap hari dia menceritakan apa yang dia alami kepada Daniel . Apa perasaan Daniel ? semestinya dia juga tersiksa mendengar kejadian itu .Lama kelamaan Nyta menjadi semakin tertekan dan terus tertekan , sehinggakan dia nekad membunuh diri . Sekali lagi dia disakiti sehingga dia tidak terdaya lagi untuk menahan keseksaannya . Nyta mengambil sebuah pisau dan menikam2 dirinya sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir . Sebelum dia meninggal dia ada menhantar satu SMS untuk Daniel , dia menyatakan bahawadia tidak pernah melupakan setiap kenangan mereka bersama .
* Apakah perasaan anda jika anda berada di tempat Daniel ? Apakah tindakan anda ? Fikirkanlah betapa seksanya percintaan dua insan ini . Adakah ini slah daniel kerana tidak membawa Nyta lari ? Atau slah bapa Nyta ? Mungkin juga salah takdir ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan